Tuesday, November 9, 2010

:::Manusia dan Ekor Cicak:::

Assalamualaikum wbt...


Yeah, study week sudah bermula dan hari ini merupaka hari yang kedua. Bermakna tanggal lagi 6 hari sebelum saya bertemu dengan kertas peperiksaan yang pertama iaitu IMSE..

Ok, sebenarnya waktu2 lapang sebeginilah yang saya sangat nanti-nantikan untuk read through cetusan-cetusan dan buah fikiran dari bloggers yang menarik untuk dihayati dan diserap...
Dan ini yang saya jumpa.......


 

Manusia umpama ekor cicak

 

Seketika terduduk menunggu, terlihat kelibat mengkarung. Ternampak pada ekornya sedikit berlainan warnanya berbanding corak badan. Ekor baru barangkali. Terlintas di fikiran, manusia pun lebih kurang serupa keadaannya.

Kenapa manusia dikatakan ibarat ekor cicak? Melihat dari perspektif alam, ekor cicak ini tidaklah banyak pergerakannya ketika bersama badan, namun bergerak beberapa ketika, hanya bila tuan empunya ekor cicak mahukannya bergerak. Mungkin sedikit terikat, tidak boleh bergerak sesuka hati. Namun, ekor itu tetap hidup, bergerak ,dan berfungsi menurut kehendak tuannya. Walaubagaimanapun, ekor cicak tercabut dari badan bila adanya bahaya yang dikesan. Tergedik-gedik, melompat-lompat jadinya setelah terlepas dari badan, seakan-akan tidak mahu berhenti. Namun, itu semua tidak lama. Hanya seketika, lalu ia berhenti bergerak. Kaku. Dikuis, dan dikuis, tiada lagi bernyawa.



Ini satu analogi tentang ekor cicak. Perkaitannya dengan manusia?

1. Manusia umpama ekor cicak kerana manusia itu tidak mampu hidup sendiri, tanpa ada apa-apa yang mengawalnya. Apabila manusia betul-betul berpegang pada satu-satu prinsip, ia akan lebih hidup. Namun prinsip yang mana yang memberi jaminan kehidupan kalau bukan Islam. Ekor cicak mendapat kehidupan bila bersama dengan badan. Manusia juga mendapat kehidupan sebenar bila bersama dengan Islam. Walaupun manusia sedikit terikat dengan peraturan-peraturan, tetapi peraturan-peraturan itulah yang memberikan manusia kehidupan sebenar. Tanpa peraturan tersebut, nescaya manusia leka dan lalai, syok sendiri hingga lupa dunia. Menjadi seperti ekor cicak yang terputus, ligat berdansa, lupa dunia. Tampak ibarat kehidupan begitu lebih indah, tapi itu semua dusta. Seronok hanya sementara, tapi sedetik berlalu, kecundang akhirnya.

2. Manusia umpama ekor cicak kerana mudah gugur dek cubaan2 yang menimpa, walau sekadar cubaan itu sangat kecil, kerana terlalu takut. Jelas, tiada pegangan.

3. Manusia umpama ekor cicak kerana ekor itu tidaklah berguna sangat kepada badannya. Ada fungsinya, tapi bukanlah sesuatu yang utama seperti jantung dan otak. Not the vital parts of the body. Badan tidak perlu sangat kepada ekor, tapi ekor sangat perlu kepada badan. Begitulah juga manusia dan Islam. Islam tidak perlu sangat kepada manusia, tetapi manusia tidak boleh hidup tanpa Islam, tanpa satu pegangan yang menjamin.

4. Manusia ibarat ekor cicak kerana manusia itu akan diganti apabila tidak lagi diperlukan, apabila tidak lagi melaksanakan tuntutan-tuntutan Islam. Firman Allah, “Jika kamu tidak berangkat(menggalas panji Islam), nescaya Allah akan mengazab kamu dengan azab yang pedih, dan Dia akan menggantikan kamu dengan satu bangsa yang lebih baik, dan kamu tidak akan dapat memberi mudharat kepada-Nya”(9:39). Juga firman-Nya, “Jika Dia menghendaki, niscaya Dia memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu)”(35:16). Inilah dia manusia yang lemah, tidak mampu untuk berbuat apa-apa kecuali ditinggalkan apabila tidak lagi menanggung tanggungjawab yang diberi.

5. Manusia ibarat seekor cicak kerana gugurnya ekor cicak itu sebagai satu pengorbanan yang diberi untuk menyelamatkan tuannya yang lebih utama. Ekor itu sedar yang mana lebih penting untuk diselamatkan, dirinya atau tuannya. Manusia juga sepatutnya sebegitu. Kadang-kadang, perlu kepada pengorbanan diri untuk menyelamatkan deen Islam yang memberinya kehidupan, juga kepada yang lain. Memberi peluang kepada generasi seterusnya untuk meneruskan perjuangan menyambung perjalanan, menjadi rantaian-rantaian penggalas agama ini. Masakan tidak, agama ini tidak akan dapat tertegak tanpa pengorbanan. Lihatlah kembali kepada sirah, bagaimana Rasulullah S.A.W, para sahabat, para tabi’in, tabi’ tabi’in dan golongan-golongan selepas mereka tidak henti-henti berjuang, dan ramai yang terpaksa berkorban berbagai-bagai benda, apatah lagi nyawa.

Ambillah pengajaran wahai manusia sekalian. Tadabburilah alam sekelilingmu, agar menjadi pedoman kepada kita. “Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan (alam) ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka hindarkanlah kami dari azab api neraka”(3:191).


http://azlanmusyabri.blogspot.com/2010/11/manusia-umpama-ekor-cicak.html

_________________________________________________________________________________



Ya, sebuah peringatan yang saya rasa kena dengan diri saya dan bermanfaat untuk dikongsi bersama kalian.  Inilah tujuannya kita sangat digalakkan supaya sentiasa mentadabbur atau melihat dan berfikir tentang alam, ciptaan dan apa yang ada disekeliling kita, pasti semuanya akan kembali kepada mengesakan dan membuktikan kewujudan dan kekuasaan zat yang satu seterusnya memberi byk pengajaran tentang kewujudan kita sebagai salah satu daripada ciptaan yang agung.

Ini merupakan cetusan sahabat saya sendiri...saudara Azlan Musyabri (xtau nk kta cmna aku rindu kt ang lan..) yang kini sedang menuntut di University of New South Wales (UNSW)...suatu tempat yang pernah menjadi igauan saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan...DIA mengetahui apa yang terbaik untuk saya... 



p/s: aku menantikan kelibat kalian (xdilupakan Wannas dan Min) di Malaysia nnti..bepergian rehlah bersama brothers2 Taylors jgn dilupa orang disini yg tgh exam..teruskan menjadi "golongan yang hebat"..

Friday, November 5, 2010

:::Bilamana..........??:::

Allahuakbar................




“The affair of the believer is amazing! The whole of his life is beneficial, and that is only in the case of the believer. When good times come to him, he is thankful and it is good for him, and when bad times befall him, he is patient and it is also good for him”.

(narrated by Muslim) 


p/s: bilamana diri terasa lemah quote ini datang menyapa...beneficial ke hidup aku? anda pula bagaimana?

Thursday, October 28, 2010

::::Imtihan::::

....Assalamualaikum wbt...


Tidak terlalu awal ke untuk post berkenaan yg ini?? Tidak! Bagi saya tidak kerana peringatan terhadap persediaan perlu datangnya awal dari persediaan..X gitu??


Jawab, jgn x jawab...mulakan dengan doa


Ok..some updates pertaining the tests and the incoming "big" and yet "terrible" days to me and my coursemates....FINAL EXAM of JULY 2010 SEMESTER...


Tests:
Engineering Graphics ---> 1/11
Fluid Mechanics ---> 2/11
Structural Programming ---> 3/11

Yep, jadikan preparation utk test nie sebagai preparation tok final exam jugak...


Final Exam:

Introduction to Material Sciences ---> 16/11
Islamic Studies ---> 19/11
Structural Programming and Database System --->24/11
Fluid Mechanics --->25/11
Material and Energy Balances ---> 26/11



Kepeningan??Rungsing??
 

Bahangnya semakin terasa dan persediaan perlu di buat dengan sebaik kemampuan...Arrange time properly utk study setiap subject
So, for those yg akan "imtihan"....Salam Imtihan or Selamat menduduki peperiksaan akhir semester.



"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal kepada-NYA" [Ali-Imran:159]


p/s: Jom practice usaha, doa then tawakkal...

Thursday, October 21, 2010

:::Those Machines:::


....Assalamualaikum wbt....



Now, let those pics do their job....


Kawasaki Ninja 250r



Kawasaki ER-6n



What about those accesories?

For safety purposes

But.......

 
Do i have the chance to own them by myself?
Coz there are still number of factors need to be considered before making any decision...

......

Monday, October 11, 2010

:::FZ 150i:::

...This machine has cought my attention..




...I'm planing to own it by next semester of my study...Doa2 la ye supaya senang untuk bergerak di dalam kampus nie....


:::Assignment & Test:::

Assalamualaikum wbt

Wah..dalam lambakan assignment dan test nie masih sempat ye bertandang ke laman ini untuk mengupdate blog ..Bukan apa, penulis dah rasa mual dah menatap "Individual Engineering Graphic Project" nie..Amat la susah nak meng"extrack" info-info daripada internet..Due date nye Rabu nie..hurm...
Update tentang test pula...Test Material and Energy Balance tadi amat-amatlah tricky dan berita gembira ye kerana penulis tidak sempat nak menghabiskan soalan yang kedua even GA sudah memberi extra time selama half an hour...huhu...nak buat macam mana, usaha sudah usaha, doa pun sudah...tawakkal je la sekarang...

Yes! berjaya mengupdate blog!

Jom renungi ape yang ade dibawah nie....







Eh? mane? Nantikan....

-Salam-

Friday, October 8, 2010

::::Update & Jamuan Raya::::

Assalamualaikum wbt...

Sudah lama rasanya penulis tidak mengupdate teratak ini,,,jika hendak dikatakan indah tidak la seindah mana pun...Hurm...dari mana ye nak mulakan nie....ketandusan idea bilamana nak mula menulis. Walhal, masa tak menulis macam banyak aje idea nak dipersembahkan.

Ye, semalam penulis telah menghadiri satu majlis sambutan hari raya batch Chemy '09 walaupun bulan Syawal nie dah sampai ke penghujungnya...Sambutan agak meriah dan makanan mantap..Cumanya yg penulis agak hairan dan tertanya-tanya..Why not kalau diadakan games or aktiviti yg boleh mengeratkan lagi hubungan sesama coursemate? Mungkin semua masih malu-malu kerana baru setahun jagung perkenalan..




  ::Brothers::
 Brothers segak bergaya even ramai juga yang tidak mengenakan pakaian tema yg digariskan oleh pihak penganjur iaitu baju melayu lengkap bersampin.


.Diharapkan hubungan sesama kita berpanjangan dan penulis masih lagi berusaha untuk mengenal dan menghafal nama setiap daripada mereka..Apa-apapun, terima kasih kepada PM kita, saudara Abdul Afif serta team manyediakan juadah beliau kerana sudi bertungkus lumus untuk menjayakan gathering yg penuh bermakna ini. Chemy Jan '09 rocks!

p/s: wah assignment dan test semakin berlambak...busy2 juga, tapi hubungan dengan pencipta harus terus dikekalkan...ramai je diantara kita yang student nie terkandas dgn masa bertemu dgn NYA masa waktu2 nak exam nie...walhal, DIA la yg menentukan past or fail kita nie...

Jom muhasabah....

Wallahua'lam...

Wednesday, July 14, 2010

:::Sekembalian Seawalan:::

Assalamualaikum wbt..


Haish...byknye sarang lelabah yang bergantungan nie..

Penulis sekarang nie telahpun kembali di UTP sedikit awal setelah sebulan lebih bercuti semester di rumah tercinta bersama keluarga tercinta. Hal ini kerana penulis terlibat sebagai salah seorang daripada komiti untuk sebuah program yg akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan nanti iaitu RAMADHAN DISCOVERY 2010.

Suasana di sini amatlah sunyi dan sepi...Apabila keseorangan dan byk masa lapang yg terbentang di depan mata, inilah yg akan merosakkan diri pemuda itu sendiri...Alangkah banyaknya masa yg telah dibuang..Harus berusaha lagi semampu mungkin supaya kehidupan esok lebih baik daipada hari ini...Sharing sepanjang cuti semester ini akan penulis post kan di waktu akan datang ye..



p/s: Jom sama-sama kita titipkan dalam doa kita seperti berikut nak??

"Ya ALLAH berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan pertemukanlah kami dengan Ramadhan"

....

Tuesday, May 25, 2010

:::Lifeline 4 Gaza:::


Assalamualaikum wbt...

Pergh....sudah lama rasanya penulis menyepi daripada mencoret di laman blog ini.. This is due to kesibukan penulis menjelang saat2 menghadapi peperiksaan akhir semester pertama nie. Plus, masa nie la assignments berlonggok-longgok untuk diselesaikan...and last but not least, disebabkan ketiadaan idea...ok. berhenti bab kelewatan meng"update" ye.

Coming back to the main point of this entry, regarding the "Perhimpunan Perdana and Konsert Lifeline 4 Gaza Break the Seige". Penulis bersama beberapa orang sahabat UTP berkesempatan untuk menyertai konsert ini yang diadakan bertempat di Stadium Melawati Shah Alam pada 8 Mei yang lalu. Konsert bermula petang lebih kurang jam 5.

Penulis berasa agak teruja sebaik tiba di lokasi kerana begitu ramai orang yang datang. Daripada tinjauan penulis, para belia dan remaja daripada pelbagai institusi pendidikan seluruh Malaysia merupakan golongan majoriti yang hadir bersama2 memeriahkan konsert ini. Inilah yang kita hendakkan, generasi muda yang peka terhadap kemaslahatan saudara seaqidah kita nun jauh di Palestin..Di saat generasi muda kita leka dengan segala tipuan dunia (termasuklah penulis sendiri...adoi la..), pemuda pemudi disana???

Bergelut bermati-matian hanya untuk mempertahankan hak dan aqidah mereka.

Sahabat2, ingin sekali penulis menyuarakan persoalan apakah yang menyebabkan KITA perlu tahu dan hiraukan mereka yang bergelut di sana?

Mereka adalah saudara seaqidah dan seagama dengan kita. Apakah jawapan yang akan kita berikan dihadapan Allah nanti jika seorang bayi Palestin bangun dan menyatakan "Ya Allah si fulan tidak pernah menghiraukan kami di sini!"

Disana terletaknya Masjidil Aqsa yakni masjid ketiga terpenting bagi kita yang mengaku ISLAM Masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam ini sedang diancam dengan pelbagai perancangan keji Yahudi Zionis untuk meruntuhkannya.

 Palestin merupakan tanah suci yang mulia dengan kelahiran ramai daripada kalangan nabi di sana dan tempat transit Rasulullah SAW melalui proses israk dan mikraj sebelum naik ke langit ketujuh.

Sebagaimana firman-NYA..
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Isra’ : 1)

Berbalik kepada konsert ye. Antara kumpulan nasyid yang hadir bagi memeriahkan dan menaikkan semangat jihad pembebasan Pelastina ialah kumpulan Raihan dan Shoutul Harakah..Persembahan semua boleh dikatakan tiptop la..Terutama daripada kumpulan yg didatangi khas daripada negara jiran kita, Indonesia. Semangat penulis dan sahabat-sahabat meluap-luap di tambah dengan banner dan sepanduk dengan pelbagai phrases bombastik. Suasana konsert dah macam underground konsert cumanya diasingkan muslimin dan muslimat. Suatu pemandangan yang jauh daripada jangkauan pemikiran penulis yang baru pertama kali menyertai konsert sebegini rupa.
 
Diharapkan semangat ini tidak akan luntur sederas pelbagai usaha para kuffar melekakan kita daripada tanggungjawab kita dan keprihatinan kita terhadap saudara kita di sana.

Penulis tamatkan entry kali ini dengan sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud: 

"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka....

(al-Baqarah:120) 


Sekian.


(p/s: sebenarnya penulis masih memikirkan bagaimana ye nk upload video ke dalam blog nie...adoi..perlu bertanyakan mereka yang lebih arif) 

Thursday, April 29, 2010

:::Dunia Kecil:::

Assalamualaikum wbt....

Buat mereka yang akan menghabiskan zaman bujang...
Dan akan mencorakkan dunia kecil yakni alam berumah tangga ... 
terimalah...


"Barak Allahu Lakuma"

Album : Thank You Allah
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com


We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

Baraka allahu lakuma
Wa baraka alaikuma
Wa jama’a bainakuma fi khair(2x)

From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

Baraka allahu lakuma
Wa baraka alaikuma
Wa jama’a bainakuma fi khair(2x)

Baraka allah(4x)
Baraka allahu lakum walana(2x)
Allah barik lahuma, Allah adim hubbahuma
Allah solli wassalim a’la rasulillah
Allah tuba’laina, Allah irdho anna
Allah ihdi khotona a’al sunnat nabiina

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

Baraka allahu lakuma
Wa baraka alaikuma
Wa jama’a bainakuma fi khair(4x)


Pertama kali  mendengar dendangan lagu nie di bilik seorang sahabat dah membuatkan bulu tengkuk nie meremang semacam...
Alunan yang cukup syahdu dan ape lagi...."Brother, nah pendrive tolong copy masuk jap lagu nie".

Insya-Allah, penantian ini akan berakhir jua suatu hari nanti..

”ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما “

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa.” [Al-Furqan:74]

Friday, April 16, 2010

:::Pelangi itu:::

"Kejar pelangimu hingga ke ujung dunia...Jangan pernah menyerah..." ujar Lintang sambil megusap lembut kepala anak kecilnya setelah selesai menatap poskad yang diterbangkan jauh dari Perancis kiriman rakan sepersekolahnya Ikal di SD Muhammadiyyah Gantong...  

Sebaris ayat yang bisa meruntun hati ini untuk terus mengejar cita dan impian...seharusnya, dengan diri diulit serba cukup keperluan hidup bahkan lebih dari cukup berbanding mereka yang serba kekurangan..




LASKAR PELANGI, sebuah novel dan filem Indonesia karya seorang anak miskin Indonesia di Pulau Belitong...

..."tak usah lah ngantar anakmu ke sekolah, baliknya nanti jadi buruh juga"...begitulah serba-serbi persepsi masyarakat miskin ketika itu disana...

Ikuti dan hayati bagaimana 10 orang anak kecil ini menongkah arus herdikan di balik bangunan kayu usang yang selayaknya dijadikan kandang peliharaan kambing sebagai tempat bermulanya mereka mengenal jerit perih dalam menuntut ilmu...
Such inspiring movie and novel that must be owned by each of us yang bergelar pencari ILMU...

"Allahumma yassir wala tuassir"

Tuesday, April 6, 2010

::First and Foremost::

Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrah ma nirrahim...Pertamanya....Syukur yang tak terhingga kepada the one and only illah, Allah SWT kerana mengizinkan diri ini, menggerakkan hati ini untuk bertatih dalam bidang penulisan.. 



Insya-Allah...ini merupakan langkah pertama saya dalam berkecimpung dalam bidang penulisan..Terbit juga di benak pemikiran untuk apa perlunya saya menulis? sekadar ikut-ikutan? Bila lihat kawan-kawan punya blog sendiri..nk juga ada blog sendiri...betulkah? Dipetik daripada sebuah blog yang pernah saya lewati (bukan lawat then tutup, bace skali la..) , lebih kurang begini ayatnya.."Sesungguhnya ilmu itu luas dan bertaburan, yang menjadi pengikat kepada ilmu itu adalah tulisan". Jadi jom sama-sama berkongsi ilmu...kerana Rasulullah sendiri pernah berkata "Ilmu tanpa Amal ibarat Pohon tanpa Buah"Semoga diikhlaskan hati ini dalam menyampai ape sahaja input yang berguna untuk sama-sama kita ambil ibrah (pengajaran).