Assalamualaikum wbt...
Pergh....sudah lama rasanya penulis menyepi daripada mencoret di laman blog ini.. This is due to kesibukan penulis menjelang saat2 menghadapi peperiksaan akhir semester pertama nie. Plus, masa nie la assignments berlonggok-longgok untuk diselesaikan...and last but not least, disebabkan ketiadaan idea...ok. berhenti bab kelewatan meng"update" ye.
Coming back to the main point of this entry, regarding the "Perhimpunan Perdana and Konsert Lifeline 4 Gaza Break the Seige". Penulis bersama beberapa orang sahabat UTP berkesempatan untuk menyertai konsert ini yang diadakan bertempat di Stadium Melawati Shah Alam pada 8 Mei yang lalu. Konsert bermula petang lebih kurang jam 5.
Penulis berasa agak teruja sebaik tiba di lokasi kerana begitu ramai orang yang datang. Daripada tinjauan penulis, para belia dan remaja daripada pelbagai institusi pendidikan seluruh Malaysia merupakan golongan majoriti yang hadir bersama2 memeriahkan konsert ini. Inilah yang kita hendakkan, generasi muda yang peka terhadap kemaslahatan saudara seaqidah kita nun jauh di Palestin..Di saat generasi muda kita leka dengan segala tipuan dunia (termasuklah penulis sendiri...adoi la..), pemuda pemudi disana???
Bergelut bermati-matian hanya untuk mempertahankan hak dan aqidah mereka.
Sahabat2, ingin sekali penulis menyuarakan persoalan apakah yang menyebabkan KITA perlu tahu dan hiraukan mereka yang bergelut di sana?
Mereka adalah saudara seaqidah dan seagama dengan kita. Apakah jawapan yang akan kita berikan dihadapan Allah nanti jika seorang bayi Palestin bangun dan menyatakan "Ya Allah si fulan tidak pernah menghiraukan kami di sini!"
Disana terletaknya Masjidil Aqsa yakni masjid ketiga terpenting bagi kita yang mengaku ISLAM Masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam ini sedang diancam dengan pelbagai perancangan keji Yahudi Zionis untuk meruntuhkannya.
Palestin merupakan tanah suci yang mulia dengan kelahiran ramai daripada kalangan nabi di sana dan tempat transit Rasulullah SAW melalui proses israk dan mikraj sebelum naik ke langit ketujuh.
Sebagaimana firman-NYA..
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Isra’ : 1)
Berbalik kepada konsert ye. Antara kumpulan nasyid yang hadir bagi memeriahkan dan menaikkan semangat jihad pembebasan Pelastina ialah kumpulan Raihan dan Shoutul Harakah..Persembahan semua boleh dikatakan tiptop la..Terutama daripada kumpulan yg didatangi khas daripada negara jiran kita, Indonesia. Semangat penulis dan sahabat-sahabat meluap-luap di tambah dengan banner dan sepanduk dengan pelbagai phrases bombastik. Suasana konsert dah macam underground konsert cumanya diasingkan muslimin dan muslimat. Suatu pemandangan yang jauh daripada jangkauan pemikiran penulis yang baru pertama kali menyertai konsert sebegini rupa.
Diharapkan semangat ini tidak akan luntur sederas pelbagai usaha para kuffar melekakan kita daripada tanggungjawab kita dan keprihatinan kita terhadap saudara kita di sana.
Penulis tamatkan entry kali ini dengan sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka....
(al-Baqarah:120)
Sekian.
(p/s: sebenarnya penulis masih memikirkan bagaimana ye nk upload video ke dalam blog nie...adoi..perlu bertanyakan mereka yang lebih arif)
No comments:
Post a Comment