Assalamualaikum wbt...
Mungkin sedikit pelik berkenaan title utk post kali ini.."New Semester". What? Budak2 IPT still bersenang lenang je holiday ko dh start new sem? Kejadahan apakah ini?
Yep, hampa ingat aku tipu ka? Betoi la..Budak UTP mmg diberi masa utk bercuti semester hanya seminggu..Sungguh tidak puas tetapi "to-do-list" semasa holiday bley kata suma aku langsaikan..Even tak sempat pun nak melepak-lepak dan berjalan merata..Kira puas la dok kat rumah..
Antaranya adalah:
- Pekena nasi kandaq (jgn ckap la terliuq balik dh nie)
- Teman sis beli 1st laptop dia..(sungguh tidak adil dan berasa sungguh jealous coz dia dpt yang latest sony vaio laptop)
- Survey kedai motor dan sambar satu FZ150i.. (aku beli cash ooo..ok tokwan topup separuh..)
Insyaallah Yamaha FZ150i yg aku order nie akan sampai Jumaat nie bersamaan 27 May dan akan dihantar ke UTP pada 4 Jun nie...(owh sgt tidak sabar menanti ketibaan moto kesayangan dan pertama milik nie..)..
Ok, sudah la ye berkenaan dengan cuti.. Mari focus kepada semester baru. Secara rasminya aku, Muhammad Iqram Bin Noor Azman telah berjaya menjejakkan kaki di bumi UTP pada ahad lalu dan telah memulakan sesi pembelajaran sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia bagi tahun kedua semester kedua pada isnin lalu..haha..Diharapkan keputusan semester lepas yang bakal release 8 jun ini baik2 sahaja... Aku aim utk mendapat anugerah dekan.. Tapi entah la..xterjawab exam semester lalu.. Mari berserah pada yang SATU..
Untuk semester ini, secara keseluruhan aku ambil 15 jam kredit, yep sama je dengan sem lepas.. Memandangkan moto insyaAllah akan sampai aku berhasrat untuk menyertai event di UTP semester ini..Sudah senang sedikit untuk bergerak ke sana ke mari dengan moto..Yeay!
Akhir kalam, selamat memulakan sesi pembelajaran bagi student di UTP dan mereka yang masih bercuti, enjoy your holiday and take care...
Adios!
No comments:
Post a Comment