Thursday, January 26, 2012

RIDE PFZC KE KUALA GULA SANCTUARY RESORT



As salamualaikum wbt

Hoho...lamanya tak singgah and update blog nie.. one reason.. MALAS.. reason yang sangat tidak molek untuk diutarakan.


1ST TIME IKUT KONVOI

Ok, kali nie aku nk cerita pasal 1st ride/konvoi yang telah aku sertai pada hari Sabtu yang lepas bertarikh 14 Januari 2012. Ride nie dianjurkan oleh Penang FZ Commnunity atau nama singkatannya PFZC. Untuk makluman, group ini menggabungkan bikers seantero Penang yang mengunakan jentera Yamaha FZ150i. Lokasi kali ini ialah ke Kuala Gula Sanctuary Resort yang yang terletak di negeri Perak. Sebanyak 31 buah jentera FZ150i dan 2 buah LC135 telah menyertai konvoi kali ini. Misi konvoi adalah untuk merapatkan hubungan antara ahli disamping dapat mengenali antara satu sama lain. Ride ini juga diadakan bersempena AGM serta untuk membincangkan aktiviti-aktiviti tahunan yang akan berlangsung sepanjang tahun 2012 ini.


PREPARATION

Setelah mendapatkan green light daripada kedua umi dan abah aku berasa sungguh gembira dan teruja. 1st ride katakan beb. Tetapi persediaan mesti mau ada. Nie checklist yang aku buat.

Riding Gear dan keperluan diri:

Jacket, gloves, balaclava, fullface helmet, pouch bag, kasut bertutup, extra spectacles, knee pads, raincoat, slipper, tuala kecil, kain pelekat dan chain lube.

Jentera:

Cuci moto, Cuci rantai dan oil kan, check tekanan angin tayar, signal lamp, break system dan paras coolant. Akhir sekali isian minyak sebanyak RM15.

RM$$$$:

Knot RM50 + RM1 X 3 + syiling RM1


PENANTIAN

Serious beb, teruja gila kot aku nak join ride nie..well...ride pertama kot.. RV point yang telah disepakati adalah di stesyen minyak Shell di RNR Juru dan tepat jam 11.20am konvoi akan bergerak keluar menuju ke Kuala Gula dan akan transit di susur keluar tol Jawi. Haha... aku tak tau nak bajet masa dari rumah nak ke RV point. So, aku pun tayargolek la tepat jam 9.30am dengan isian minyak Ron95 sebanyak RM15 dan tekanan angin tayar yang mencukupi. Keadaan di sepanjang jalan menuju ke RNR Juru sangat tenang jadi memudahkan aku memecut sesuka hati. Sampai saja di RV point, jam di tangan aku tengok. Pergh.. baru pukul 10.30am...mak aih awalnya!..   Aku pun parking la moto di tepi stesyen Shell. Sesekali toleh2 gak la sekeliling mana la tau ada kelibat fzian yang lain. Lagi pun aku tak kenal sapa2 pun member group nie. Sambil-sambil menunggu habis gak sebotol 100PLUS dan roti. Lama sangat nie dok tunggu, gila boring dah nie. Aku pun pergi park la moto aku kat depan sebuah pondok kayu.

Tengah dok lepak-lepak tiba-tiba menerpa masuk sebuah Kawasaki ER6F berpenunggang  tertulis perkatan MARSHALL di belakang vase hijaunya. Beberapa saat kemudian muncul pula beberapa buah motosikal ala-ala kapcai. Ada la dalam 10 buah motosikal jenis LC135, Modenas CT dan Yamaha 125ZR. Aku tak pasti nie konvoi dari group mana tapi semua nampak smart dengan vase hijau kuning tersarung di badan. Tapi bagi aku xcukup smart la beb tanpa ber fullface dan berjacket paddings..haha... Apa2 pun keselamatan adalah perkara pertama yang harus diutamakan. Then after konvoi nie berlalu pergi selang beberapa minit terdengar deruman yang aku rasa mcm sama dengan moto aku.. Yes, tak silap lagi beberapa jentera fz dengan modifikasi tahap dewa datang menerpa laju. Pergh, ada yang sarung fairing Yamaha R15 tu. Itu tak termasuk lagi yang bertayar belakang denagn saiz lebar 120. Teruja seh... Tapi betol ke diorang nie geng yang nak join konvoi nie? Jap-jap.. moto ber fairing R15 merah tu mcm familiar je! Dengan deruman exhaust AHM yang saja dibingitkan. Huh, budak junior UTP nie Anuar.. Yes, geng sekaki sudah mari. Diorang parking moto ramai-ramai betul-betul depan kaunter cashier. Tanpa membuang masa aku terus sarung jacket and full face dan bergegas mendapatkan mereka. Bermula la sesi perkenalan pertama. 

Antara yang di awal kemunculan adalah Anuar, Kyun, Tandop, Dasuki dan Syahir. Ramai lagi yang datang tapi aku xdapat nak ingat nama mereka. Selang beberapa lama berduyun-duyun geng sekaki meluru masuk ke stesyen Shell RNR Juru. Kami pun menukar port melepak di tepi kawasan lapang menghadap ke highway. Aku sebenarnya menunggu kelibat seseorang yang aku kenal lama dahulu. Senior aku di bangku sekolah menengah aka SOKSEK. Beliau yang dimaksudkan ialah Bro Afiq Ziekry aka Acul. Dia nie Mr Pres PFZC kot. Otai nie. Berduyun-duyun bro2 otai datang dengan jentera hebat masing-masing segak mengenakan full riding gear termasuklah jacket padding, full face helmet, knee protection pads, gloves dan kasut bertutup. Sememangnya sedari awal event ini dihebahkan ahli yang akan terlibat dengan konvoi telah diwajibkan untuk mengenakan full riding gear bagi tujuan keselamatan. 

Kemudian bro Zaim selaku MARSHALL perjalanan tiba dengan R15 hitamnya. Nampak dari potongan rambutnya seakan-akan seorang tentera. Tidak salah lagi dia ni bekerja dengan Royal Military Airforce Malaysia. 

Kemudian, agak lama menunggu sampai juga Bro Afiq dengan Bro Mamat sebagai pembonceng di belakang. Jentera dia nie tak payah la nak diceritakan lagi. Jentera seorang Engineer di AMD. Dah macam mini Kawasaki Versys. Dengan windshield berjenama GIVI yang agak rare dan besar serta full set GIVI box dibelakang, kiri dan kanan serta rear tire yang ditukar kepada saiz dengan lebar 110 sudah cukup menampakkan jentera fz150i dia nie lebih lebar dan besar.

Tak dilupakan juga ahli konvoi yang hanya menaiki sebuah kereta MYVI yang menjadi back up dan menjalankan tugas-tugas khas untuk membawa keperluan konvoi seperti banner PFZC dan alatan set up untuk AGM yang akan berlangsung di Kuala Gula nanti. 

Antara yang awal sampai







Bro Syafiq di tengah jentera-jentera hebat


Orang-orang penting sudah sampai dan selepas bersalaman dan bertanyakan khabar berita ahli konvoi yang lain serta sedikit sesi sembang santai, kami dipanggil berkumpul dan semua mata dan telinga terarah kepada seorang ketua di hadapan.


TAKLIMAT

Bro Afiq menggagahkan diri memberi taklimat walau dalam keadaan sour throat



Sesi taklimat disampaikan oleh Bro Afiq dan Bro Zaim. Mereka berdua nie merupakan ahli PFZC yang telah mendapat lesen MARSHALL. Bukan senang-senang ja nak kenakan vase MARSHALL if tak dak tauliah. Sedikit kata alu-aluan dan maklumat berkenaan perjalanan yang akan ditempuhi telah disampaikan oleh Bro Afiq. Suara bro nie agak serak-serak basah dan diselangi dengan batuk. Sore throat la tu. MARSHALL (bro Zaim), SWEEPER (Bro Iylia, Kyun dan Irman) dan LAST MAN (bro hafiz) yang bertugas juga telah dilantik dan diperkenalkan kepada semua ahli konvoi. Mereka yang bertugas ini diberi vase hijau kuning untuk membezakan mereka daripada ahli konvoi yang lain. Selain itu, beberapa langkah keselamatan yang perlu dipatuhi disampaikan oleh mereka dan antaranya ialah mematuhi arahan MARSHALL dan SWEEPER yang bertugas sepanjang perjalanan, dilarang potong memotong sebaliknya just stay in where you are dari awal posisi konvoi hingga sampai ke destinasi. Maklumat seperti hand gesture yang menyimpan pelbagai jenis sign seperti membelok, slow down, halangan serta bahaya dan juga posisi menunggang secara dua line zig ziag atau hanya satu line perlu dipatuhi dan disampaikan kepada rider dibelakang sehingga kepada LAST MAN. Sesi taklimat diakhiri dengan bacaan doa oleh Bro Afiq supaya perjalanan dan aktiviti konvoi berjalan dengan lancar serta sentiasa berada dalam perlindungan-NYA. Namun, tidak semena-mena 2 buah fz150i lagi meluncur laju ke arah kami. Mereka ialah Bro Irman dengan fz biru modifikasi tahap gabannya beserta seorang bro lagi yang tidak sempat untuk aku kenali namanya.


TAYARGOLEK    

Bersedia untuk bertayargolek geng..tak sabo dah nie



Kira-kira jam 12.30 (sejam lewat daripada plan asal), setelah semua riders siap mengenakan full riding gear dan menghidupkan engine masing-masing, konvoi menyusur keluar dari Shell RNR Juru dalam susunan 2 line secara zig zag. Untuk perjalan pergi, MARSHALL yang bertugas ialah Bro Zaim dengan jenteranya yang berfairing R15 hitam. Sweeper pula Bro Kyun dan Bro ilya. Last Man Bro Hafiz, fz hitam yang baru ja kuar kedai seminggu. Chain ber gris lagi tu.. Bro Afiq tidak bertugas sebagai MARSHALL sebaliknya bergandingan dengan Bro Mamat sebagai cameraman sepanjang perjalanan konvoi.



Weh gambo gua pun ade la bro...di belakang seorang bro yang baru 2 minggu kuar moto terus join konvoi.



Pergh..handsome bergaya geng2 yg sarung R15





Lagi gambo handsome bergaya.



ohohoi..nie plak dari arah belakang



Keadaan trafik di sepanjang lebuhraya Utara-Selatan berjalan dengan lancar dan tenang. Ini memudahkan konvoi kami menyusuri jalan dengan tenang di samping masing-masing patuh pada arahan SWEEPER dan MARSHALL. Sesekali MARSHALL mengarahkan supaya konvoi mengubah posisi kepada 1 line sahaja jika keadaan laluan agak sempit. Operasi potong memotong dikawal dengan arahan yang begitu baik oleh para SWEEPER. Mereka bertugas menjaga perjalanan ahli konvoi dari segi masa yang sesuai untuk memotong serta menahan kenderaan yang datang dari arah belakang sebelah kanan supaya perjalanan konvoi sentiasa selamat daripada kenderaan 4 roda yang bertali arus memotong dengan kelajuan yang maksima. Mereka sentiasa berada di laluan sebelah kanan dan jika keadaan trafik tidak mengizinkan, mereka akan bersama kelompok ahli konvoi yang lain didalam barisan kemudian keluar kembali menjalankan tugas. Memandangkan meraka ini akan sentiasa berada di posisi yang berlainan dalam satu-satu masa tertentu, jentera yang ditunggang perlu mempunyai kelajuan dan pick up yang baik daripada jentera ahli yang lain. So, modifikasi sangat diperlukan dalam situasi ini.   


Yaa...Bro Irmanz aka encik dinosour selaku sweeper bertugas.



EXIT TOL JAWI

Seperti yang dijadualkan sebelum ini, kami akan melalui tol Jawi dan di sana saki baki ahli konvoi sudah siap sedia dengan riding gear dan jentera masing-masing menunggu kedatangan kumpulan besar kami iaitu seramai 24 orang dari RNR Juru.


Pergh..sempat lagi korang sharing gambo ye..past ler ke orang belakang pun nak gak tengok..






haa..nie dari kejauhan plak..




Mulai dari sini penunjuk arah atau NAVIGATOR kami ialah Bro Ahmad Tebu yang merupakan anak kepada owner sebuah restoran yang terletak di dalam Kuala Gula Sanctuary Resort. Dia akan berada di hadapan MARSHALL dengan jarak 3 atau 4 motosikal.  Setelah sedikit perbincangan antara MARSHALL, SWEEPER, NAVIGATOR dan Bro Afiq, kami pun meneruskan perjalanan dengan melalui jalan kampung. Sekarang sudah tidak ada jalan 2 lorong jadi kami terpaksa mengambil posisi secara sebaris. Perjalanan diteruskan sehingga sampai ke destinasi. Kadang-kala kami melalui jalan yang luas dan kadang-kala sempit. Sempat juga aku memerhatikan beberapa signboard yang menandakan kami telah menyusuri daerah Parit Buntar dan Kuala Kurau. Suasana di daerah Kuala Kurau tidak jauh bezanya dengan suasana di Kuala Gula iaitu merupakan kawasan pesisir pantai dan penempatan nelayan. 


KETIBAAN DAN PHOTOSHOT

Setelah meredah perjalanan selama lebih kurang 1 jam 15 minit, akhirnya kami tiba di Kuala Gula Sanctuary Resort. Syukur di sepanjang perjalanan ke sini cuaca tidak terlalu panas dan apabila sampai di kawasan kuala begini angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Mana tak nya. Kalau dah panas sangat tentu masing-masing kebanjiran peluh di dalam jacket padding yang tebal serta fullface helmet yang rata-ratanya daripada kami mengenakan balaclava. Masing-masing sibuk meletakkan jentera masing-masing di kotak parking yang disediakan begitu luas untuk para pengunjung dan betul-betul berhadapan dengan rumah tumpangan atau chalet. Setelah diamati dan dikira oleh Marshall Zaim jumlah keseluruhan jentera fz150i ialah sebanyak 33 buah beserta sebuah Perodua MYVI dengan kehadiran ahli konvoi seramai 36 orang. 

Kini tibanya masa yang ditunggu-tunggu, sesi photoshot. Kami mengambil gambar beramai-ramai disamping jentera dan banner PFZC yang telah siap di reka oleh Bro Irman. Wa tabik sama lu la bro! 


nie dia abang2 macho PFZC





dari side kanan...kena tahan nafas nie..kalo x nampak gomok dari tepi..kahkahkah..




haa..toleh ke kiri sume...say cheeeezzzz!





MAKAN TIME!

Selesai sesi photography, semua ahli konvoi meluru masuk ke restoran milik keluarga Bro Ahmad Tebu. Perut masing-masing dah mula berkeroncong memandangkan jam telah menunjukkan pukul 2.00pm. Plan asalnya ingin bersolat zuhur terlebih dahulu tetapi memandangkan masing-masing bising kelaparan, jadi jom makan time! Di dalam restoran kelihatan hampir separuh meja di dalamnya telah diletakkan sign “RESERVED”. Tanpa menunggu lama aku mendapatkan meja yang sesuai. Duduk semeja bersama aku ketika ini ialah Bro Syahir (fz standard), Muzakkir (R15 hitam), Anuar (R15 hitam), MARSHALL Zaim (R15 hitam), dan Dasuki (R15 merah). Setelah mengamati menu, kami sepakat memesan nasi putih dan seafood. Aku memesan sajian Kailan Ikan Masin dan Sotong Goreng Tepung beserta carrot susu. Mereka yang lain rata-ratanya ingin merasa tomyam di sini. Ada yang memesan tomyam campur, Bangkok dan Songkhla. Menu special disini iaitu ketam goreng tepung serta gulai ikan sembilang turut dipesan. Menurut Ahmad Tebu, ketam yang disediakan di restoran ini dipelihara sendiri dengan kulitnya semasa dimasak tidak sekeras ketam biasa. Ini kerana semasa didalam peliharaan ketam yang akan dijadikan juadah akan diambil daripada kumpulan yang baru bersalin kulit. Jadi ketam yang dimasak dikenali sebagai ketam lembut. Yang lembutnya ialah kulit ketam. Rata-rata harga yang ditawarkan untuk setiap menu adalah berpatutan dengan hidangan yang disediakan. Tomyam dengan isi penuh pada harga rm5 mustahil untuk diperoleh di sekitar Pulau Mutiara. Cumanya, dapat dilihat satu kelemahan iaitu dari segi masa menunggu untuk satu satu hidangan itu sampai. Lama yang amat sehingga hampir sejam. Ini adalah untuk kes kami yang memesan nasi berlauk, tidak bagi mereka yang memesan makanan bergoreng. Mungkin jumlah kumpulan konvoi yang terlalu besar menjadi salah satu sebab barangkali. 


anak tokei sedang mengambil order..



Sambil menunggu juadah yang telah dipesan, pelbagai perkara menjadi bahan bualan. Sebagai orang baru aku hanya memasang telinga kerana sembang santai kali ini berkisar pengalaman Bro Syahir ketika ride ke Thailand bersama Bro Ed yang tidak aku kenali. Antara tempat yang telah menjadi kunjungannya ialah Songkhla, Danok, Bangkok, Koh Samui dan banyak lagi. Dengar berita Bro Ed ada membuat lagi program konvoi ke Thailand pada 21 dan 22 Januari akan datang ini. Selain itu pengalaman bekerja secara praktikal Bro Dasuki di Sunway Karnival Penang turut dikongsi bersama.


di "tempah" ok..



Tengah rancak bersembang tiba-tiba kedengaran deruman 2 buah lagi jentera seangkatan menyusur masuk ke perkarangan parking lot. Mereka berdua adalah Bro Shahrul dan Bro Pali. Dua orang bro nie orang kuat PFZC serta berpengalaman luas dalam selok belok aktiviti permotoran, modifikasi jentera fz150i serta ilmu berkonvoi. Lihat saja jentera masing-masing yang diubah suai dengan pelbagai penambahbaikan. Misalnya Bro Shahrul jenteranya mempunyai gear sehingga ke 6 dan dia telah pun memasang FCU atau Fuel Control Unit. Sistem exhaust juga telah ditukar kepada jenis AHM. Manakala Bro Pali jenteranya kelihatan garang dengan fairing ala-ala Yamaha r6. Masyuk beb!

Setelah agak lama menunggu, akhirnya makanan yang dipesan pun sampai. Maka tumpuan kami sekarang adalah pada makanan. Aku merasa sedikit kerabu sotong yang dipesan Bro Anuar. Masyuk seh.. dah la sotongnya penuh sepinggan. Berbaloi memang berbaloi. Kami memesan satu lagi bekas berisi nasi putih memandangkan lauk yang terhidang begitu banyak serta masing-masing kelaparan yang amat. Selesai menjamu selera masing-masing mengambil que untuk membayar. Sampai giliran aku RM11.40 perlu dibayar. Ok la kot. Kemudian kami menunaikan solat zuhur secara berjemaah dengan diimami Bro Afiq. Bagi mereka yang akan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur, mereka melakukan solat jamak takdim seusai solat berjemaah bersama kami. 

 
AGM

Lokasi dan set up meeting pada kali ini sangat simple kerana kami hanya duduk bersila sambil menikmati panorama kuala yang semakin lama paras airnya semakin naik daripada hanya selut dan ikan belacak yang kelihatan di awal ketibaan kami tadi. Sebelum AGM dimulakan Bro Mamat telah meminta Bro Ahmad Tebu selaku tuan tanah untuk bercerita serba sedikit tentang sejarah, latar belakang dan info menarik tentang tempat di mana kami berada sekarang iaitu Kuala Gula.

Menurut Bro Ahmad Tebu, Kuala Gula ini mendapat namanya kerana terdapat kawasan ladang tebu yang luas dihujung kuala ini. Di sana juga terdapat kilang memproses gula daripada tebu. Terdapat juga artifak tinggalan masa lampau seperti kapal lama yang menjadi alat pengangkutan utama untuk membawa tebu ke kilang berkenaan serta mesin lama untuk menghasilkan gula daripada tebu. Mungkin jika berkesempatan di lain waktu kami akan datang lagi ke sini untuk menikmati serta melihat hasil tinggalan sejarah lampau ini. Selain itu, sedikit fakta menarik berkenaan Kuala Gula ini ialah pada bulan tertentu tempat ini menjadi tarikan kepada pelancong dan mereka yang begitu minat dengan aktiviti photoshot atau burung kerana pada waktu tersebut ratusan atau ribuan jenis burung yang rata-ratanya datang dari seluruh pelusuk dunia akan singgah bertandang di Kuala Gula ini. Mungkin sebagai tempat transit mereka sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan kawanan lain.  


mari-mari rapatkan saf..meh kita bermusyawarah..



AGM atau Anual Grand Meeting dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Bro Mamat dan sesi pengenalan barisan admin kini. Mereka yang dimaksudkan ialah: 

Presiden: Bro Afiq Ziekry
Naib Presiden:
Bendahari: Bro Loneranger
Setiausaha: Bro Mamat
Ketua Unit Penerangan: Bro Iylia
Ketua Unit Design, IT dan Publikasi: Bro Irman
Penasihat: Bro Shahrul

Untuk jawatan Naib Presiden dan Bendahari sahaja aku biarkan kosong sebab aku pun tak tahu apakah nama bro2 nie. Sekadar raut wajah dan fizikal yang aku pasti.

Bro Mamat juga bertanyakan kepada ahli yang lain adakah perlu diubah barisan yang sedia ada ini namun semua ahli seperti tidak bersuara menandakan semua bersetuju untuk mengekalkan barisan kepimpinan yang sedia ada.

dari kiri Bro Mamat, abgloneranger, Afiq dan Iylia..nie sume admin PFZC




Kemudian Bro Pali selaku bro otai bersuara dengan menyuarakan ketidak puasan hatinya berkenaan cara penyampaian maklumat seperti TTS, Teh Ais Session dan aktiviti konvoi yang hanya disampaikan melalui account facebook. Tambahan, dia beranggapan bahawa Bro Afiq dan Bro Mamat terbeban kerana perlu menghantar sms atau memanggil bagi tujuan penyampaian maklumat tersebut. Jadi, dia mencadangkan supaya setiap kawasan di Pulau Pinang harus dilantik seorang ketua supaya segala maklumat dapat sampai kepada semua ahli PFZC dengan lebih mudah dan teratur terutamanya melalu sms atau panggilan selain daripada melalui facebook kerana tidak semua orang berpeluang untuk online. Jadi beberapa ketua telah dilantik untuk setiap kawasan antaranya ialah kawasan Balik Pulau aka Lost World, Bandar Pulau Pinang, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Utara. 

Kemudian, Bro Mamat selaku Pengerusi Majlis memanggil Bro Shahrul untuk berucap sepatah dua kata yang akhirnya menjadi beribu-ribu patah. Bro Shahrul nie merupakan penasihat kelab kami dan juga merupakan ahli dari group Penang Underground Bikers. Dalam beribu-ribu patah ucapan, dia ada menyentuh berkenaan dengan etika berkonvoi dan memanggil Bro Zaim dan Afiq selaku MARSHALL bagi group PFZC untuk tampil dan memberi perkongsian tentang etika dan keperluan memahami segala hand gesture yang menjadi alat komunikasi sesama ahli konvoi berkenaan dengan keadaan laluan dan arahan-arahan tertentu. 


begitu focus ye semua..



Setelah semua ahli diberikan ilmu konvoi, Bro Irman pula dipanggil untuk berkongsi info berkenaan dengan sesi pemasangan FCU atau Fuel Control Unit yang promosinya akan dijalankan kalau tidak salah pada 2-5 Februari yang akan datang di sebelah seberang Pulau Pinang. Setakat ini promosi yang ditawarkan adalah RM380 untuk pemasangan dan tambahan RM50 bagi menguji jentera dengan mesin yang dikenali sebagai Dyno Run. Pemasangan ini dikendalikan oleh syarikat FSR atau Farhan and Sufian Research. Mereka ini adalah dua anak watan yang memperkenalkan teknologi baru ini yang impaknya adalah untuk mengurangkan serta menjimatkan penggunaan minyak bagi jentera fz150i dan pada masa yang sama memberikan prestasi kelajuan maksimum yang dinaikkan sebanyak 10-15%.  Dalam kes ini, Bro Sharul dan Bro Firdaus yang telah menggunakan teknologi ini telah berkongsi sedikit maklumat tentang apa yang mereka peroleh pada jentera mereka setelah pemasangan di buat. Antaranya ialah proses penukaran gear ke gear yang lebih lancar, pertambahan top speed sebanyak 5 ke 10 km/h dan penjimatan minyak yang tidak lah begitu banyak tetapi dapat dirasai. Namun, terdapat juaga kelemahan iaitu mesin Dyno Run yang berfungsi untuk mengukur tahap horse power dan top speed jentera dalam situasi tertentu hanya terdapat di Kuala Lumpur. Jadi ia sangat menyukarkan bagi kami sebagai pengguna yang tinggal nun jauh dari ibu kota besar itu. Kemudian sesi soal jawab berkenaan dengan teknologi ini telah dijalankan dan yang menjadi juru jawabnya semestinya Bro Shahrul.

Selesai sesi perbincangan berkenaan FCU, aktiviti diteruskan dengan perbincangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh PFZC sepanjang tahun 2012 ini. Dimulakan dengan aktiviti yang terdekat iaitu pada 21 dan 22 hb Januari ini. Kami akan menerima kunjungan rider fzian dari negeri nun jauh di selatan tanah air, Johor. Iaitu dari group Crazy Rider Chi..sel Stone dan Johor FZ Rider. Dijadualkan mereka akan tiba di RnR Juru pada jam 11 am pada 21 Januari ini dan akan kami akan menyambut ketibaan mereka di sana. Sejurus kemudian mereka akan dibawa berehat di sebuah hostel di Teluk Kumbar. Keesokanny a iaitu pada 22 Januari, kami akan mengadakan aktiviti rekriasi bersama mereka di pantai Teluk Bahang. Mereka akan kembali ke Johor pada keesokannya iaitu pada 23 Januari.

Aktiviti-aktiviti lain yang turut dibincangkan adalah berkenaan dengan:

Konvoi Tiga Beradik:
Menggabungkan pengguna fz150i di Penang, Kedah dan Perlis dimana aktiviti ini dijadualkan akan berlangsung selama 3 hari 2 malam. Dijadualkan akan berlangsung pada bulan 3 atau 4 akan datang.

Charity Ride ke Rumah Anak Yatim / Rumah Orang Tua:
Segala persiapan untuk ride ini akan diselia oleh Bro Pali Fz


KEPULANGAN

Setelah selesai aktiviti ber AGM dan perbincangan yang berlarutan sehingga ke jam 5.40pm, kami menunaikan solat asar berjemaah dan bersiap dengan riding gear masing-masing untuk sesi photoshoot yang terakhir dan meninggalkan Kuala Gula Sanctuary Resort. 


bergambaq kenangan sebelum berangkat pulang



Sebelum berangkat sekali lagi Bro Afiq tampil ke hadapan dan memberi sedikit penerangan berkenaan dengan trak perjalanan pulang dan mereka yang bertanggungjawab menggalas tugas sebagai MARSHALL, SWEEPER dan LAST MAN. Kali ini Bro Kyun tak dapat menjadi salah seorang daripada SWEEPER konvoi pulang kerana ingin meneruskan pengembaraan bersama Bro Tandop ke Kuala Lumpur. Perjalanan pulang ke Pulau Pinang akan melalui exit tol Bukit Merah kerana ada diantara peserta konvoi yang perlu mengisi tangki jentera. Jadi perjalanan akan menjadi sedikit jauh berbanding perjalanan datang.


tu dia gaya seorang pres berucap..engineer nie beb..





abang loneranger menyampaikan amanat terakhir kepada Marshal Zaim



kiri dan kanan ladang kelapa sawit


Bro Shahrul in action





di mini caltex menunggu sorang geng LC mengisi minyak



dari kiri Bro Irmanz, Ahmad Tebu dan Iylia in full riding gear



Setelah mengisi minyak kami meneruskan perjalanan. Kali ini aku berada di belakang geng R15. Dipertengahan jalan sebelum sampai di tol exit Bukit Merah, dihadapan aku kelihatan Bro Muzakkir sedikit membengkokkan badannya ke sebelah kanan jenteranya untuk melihat-lihat keadaan tayar belakangnya. Dengan tidak semena-mena dia memecut R15 hitamnya memotong semua peserta konvoi dihadapannya sehingga berada di sebelah MARSHALL Zaim dan seperti menyampaikan sesuatu yang penting. Beberapa saat kemudian SWEEPER Iylia meluru laju ke hadapan untuk bertanyakan keadaan Bro Muzakkir. Kemudian Bro Muzakkir kembali berada di kedudukan asal iaitu dihadapan aku. Perjalanan diteruskan.

Setibanya di exit tol Bukit Merah, MARSHALL Zaim mengarahkan supaya konvoi memperlahankan kelajuan dan akhirnya berhenti di tepi jalan betul2 selepas exit tol Bukit Merah. Rupa-rupanya terdapat sedikit masalah teknikal pada tayar belakang R15 Bro Muzakkir. Setelah diamati oleh Bro Afiq dan Bro Shahrul, didapati tayar belakang R15 ini dipasang pada kedudukan agak menyenget ke sebelah kanan yang menyebabkan ketika tayar belakang ini bergerak ia menyentuh hugger disebelah kanan. Terdapat kesan torehan pada bahagian tayar sebelah kanan. Menurut Bro Muzakkir, sebelum menyertai konvoi ini sehari sebelumnya dia ada menghantar jenteranya ini untuk menukar sproket depan dan belakang. Tidak syak lagi ini kesalahan foreman yang menukar sproket itu kerana  memasang tayar pada kedudukan sedikit senget. 


Bro Dasuki dengan R15 merah beliau..sebelah tu motot Marshal Zaim







R15 hitam Bro Muzakir (berdiri kanan) menjadi tumpuan




Jadi, kami mengambil keputusan supaya dicari bengkel motosikal yang berdekatan untuk tujuan pemasangan semula tayar memandangkan kami tidak mempunyai kelengkapan yang lengkap. Tanpa berlengah, Bro Afiq meluru laju berpatah balik secara melawan arah untuk mencari bengkel berdekatan. Harus diingat bahawa tindakan ini amat merbahaya jika terdapat motosikal yang menuju keluar daripada exit tol ini. Beberapa ketika kemudian Bro Afiq datang kembali dan menyatakan terdapat bengkel yang masih beroperasi dan tidak begitu jauh daripada lokasi kami berkumpul. Kemudian Bro Muzakkir mengikut Bro Afiq ke bengkel yang dimaksudkan. Selang beberapa ketika mereka kembali dan  kami meneruskan perjalanan pulang ke Pulau Pinang.

Perjalanan pulang bagi aku agak kelam kabut kerana aku sering ketinggalan daripada ahli di hadapan yang menyebabkan jentera aku sering dipotong oleh jentera ahli konvoi di belakang. Kelajuan kami adalah diantara 100km/h ke 115km/h. Kelajuan maksimum yang dapat dicapai oleh jentera aku hanyalah sekitar 115 ke 118km/h. Jadi agak sukar untuk aku mengejar ahli dihadapan sehinggakan akhirnya aku menjadi ahli konvoi yang berada di kedudukan hadapan LAST MAN. Ok, perlu modifikasi.


TOL JURU

Tol Juru merupakan perhentian terakhir konvoi sebelum masing-masing mengambil haluan perjalanan pulang. Tetapi masih ada rider yang bagi aku mempunyai kudrat tahap dewa apabila ada yang mempelawa untuk dinner bersama kemudian round sekitar Pulau Pinang. Itu tak diambil kira lagi mereka yang sedari exit Tol Bukit Merah meneruskan perjalanan ke Genting Highland atau ke Kuala Lumpur. Kudrat darah muda la katakan. Setelah mendengar kata-kata terakhir daripada bro Afiz selaku Mr Pres dan bersalaman bersama rider2 macho fz150i, masing-masing membawa haluan sendiri dengan memecut keluar daripada stesyen Shell tol Juru. Sengaja aku membiarkan semua ahli konvoi beransur dahulu. Lenguh badan masih bersisa walaupun agak lama berhenti. Perut pun sedari tadi sudah berkeroncong. Setelah memastikan duit mencukupi untuk laluan tol Penang Bridge aku pun bergerak untuk pulang.Huh, riding seorang diri boleh la juga nak bersantai-santai dengan kelajuan 80-90km/h berbanding perjalanan konvoi dari Kuala Gula tadi. Kesian dah aku tengok jentera aku nie seperti dipaksa-paksa full throttle. Biasalah, moto standard keluar kedai la katakan. 


MASJID USM

“Pergh fulamak! Abang, nape abang pakai macam nie? Pergh..moto...nape muka abang nampak gelap?”tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara seorang remaja lelaki berkopiah dan berkain pelikat daripada fullface bervisor hitam build in aku. Bertalu-talu dia bertanyakan soalan yang sama. Aku pun buka la visor aku. Hah, baru la cerah sket. “Adik belajaq kat sini ka?” aku bertanya. “Saya orang Sg. Dua” selamber menjawab. Lain yang aku tanya lain yang dia jawab. Kemudian ntah apa yang dia tanya pada aku aku pun malas nak layan. Budak nie macam ada “short circuit” kat mana ja nie. Aku malas melayan terus sahaja menggagahkan diri bersama semua riding gear ke tangga masjid. Setelah memastikan riding gear diletakkan di tempat yang selamat, aku pun berwudhuk dan terus menunaikan solat jamak takhir maghrib dan isyak walhal baru sahaja kedengaran azan menandakan masuk waktu isyak dan semua jemaah berpusu-pusu masuk solat berimamkan pelajar Timur Tengah mungkin. Memang sudah menjadi kebiasaan di Masjid Universiti Sains Malaysia ini solat diimami oleh pelajar dari negara asing. Selesai menunaikan kewajipan solat aku terus bergegas pulang ke rumah. Rancangan awalnya ingin menjamah nasi kandar di Restoran Kayu tetapi memandangkan umi dan abah aku mungkin kerisauan kerana agak lewat aku pulang daripada waktu perjanjian asal. Mungkin mereka pun sedang dinner. Lagi pun jam telah menunjukkan pukul 9.10pm. Macam tak berapa bagus je nak makan nasi kandar malam macam nie kerana mengadungi kandungan kolesterol yang sangat tinggi. Wei, dok tengah on diet nie! Cuti 4 bulan, bersama adik-adik selama 2 bulan lepas bukan senang nak control makan. Kerja dok main tibai ja. Mana tak nya rakan bersembang rancak dok ada sekali satu meja. Sambil suap sambil sembang. Selagi tak habis sembang selagi tu la dok melahap. Mampos!


KELETIHAN

Setibanya di rumah, turun je daripada moto terus je lenguh satu badan. Pergh letih yang amat setelah seharian mengharungi perjalanan yang bagi aku for the record jauh la..haha..dan..dan..berkumpulan. Tapi serious best giler.
Secara kasarnya, perjalanan pergi daripada rumah di Balik Pulau (aka Lost World yang menjadi jolokan kepada kami rider from Lik Lau) hingga ke Kuala Gula Sanctuary resort memakan jarak perjalanan sejauh 79km manakala perjalanan pulang sejauh 139km. Jumlah perjalanan keseluruhan jelajah pada kali ini ialah 218km. Menakjubkan isian minyak sebanyak RM15 hanya mengalami sedikit pengurangan jika dilihat pada meter paras minyak petrol. Kos keseluruhan konvoi ini hanya menelan belanja RM30 termasuk minyak, makan  minum serta tol di Jambatan Pulau Pinang (RM1.40 perjalanan balik shj).


END!

Berakhir lah sudah konvoi pertama yang aku sertai. Pada aku banyak pengalaman yang aku timba dan dapat daripada konvoi ini walaupun jarak perjalanan tidak lah seberapa jauh dan mencabar jika dibandingkan dengan ride yang akan aku tempuhi nanti semasa ride ke Genting Highland atau Cameron Highland. Insyaallah, akan sampai juga di sana suatu hari nanti. Yang pastinya tayar belakang MESTI ditukar kepada brand yang lebih berkualiti disamping lebar yang perlu dipertingkatkan kerana sepanjang meredah jalan pada kelajuan 100-110km/h di atas highway terasa seperti tayar tidak mencecah tanah serta agak terhuyung hayang apabila ingin bertukar ke laluan memotong sebelah kanan tambah2 apabila tayar mencecah garisan putus-putus berwarna putih di tengah jalan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila ingin mengambil selekoh. Terasa seperti mahu sliding. Jadi, tayar belakang harus ditukar kepada lebar 110 dan sproket depan dan belakang harus ditukar untuk menaikkan tahap top speed di sampaing pick up yang bagus. Hoho, moto baru keluar kilang sepertinya banyak kekurangan.

Selain itu aku dapat berkenalan dengan mereka ynag berkongsi jentera dan minat bermotosikal yang sama dengan rakan-rakan senegeri. Jadi lepas nie agak mudah bagi aku mengetahui info-info berkaitan konvoi yang akan diadakan dan yang paling penting adalah spare part fz150i aku serta barang modifikasi yang murah-murah. info menarik berkenaan masalah teknikal serta penyelesaiannya juga dapat diperoleh kerana di sini lah para otai sentiasa ada untuk memberikan tunjuk ajar dan nasihat. 

Pergh...dalam sejarah penulisan aku di blog nie, nie la penulisan paling panjang. So, sebelum aku mengakhiri penulisan nie aku nak share dengan korang sume last pic yang bagi aku the best of the best la. Thanks for Bro Mamat kerana telah meng capture semua gambar nie and you did a great job la bro. Salut!

Nah sekeping!

nice shot!terbaik!


Sampai di sini je la kot post untuk kali nie...Selamat berjumpa kembali... As salam...

No comments:

Post a Comment