Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bertemu kembali kita dalam siri konvoi atau ride yg baru saja aku sertai iaitu Konvoi Amal ke Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Nurul Iman yang bertempat di Ipoh, Perak. Untuk makluman,konvoi ini telah dijalankan pada 1 Mei yang lalu dan jatuh pada public holiday, Labour’s Day beb. Jadi bagi mereka yg bekerja mahupun belajar memey takda masalah boleh saja sertai ride nie.
Sebelum tu meh aku kasi tau sket kejadahan apakah ride ini
dianjurkan. Ok, pertama sekali ride ini hanya khusus utk penunggang jentera 4
stoke saja. So, jenis motosikal yang terlibat adalah dari jenis yamaha fz150i
dan lc135. Ada la sikit geng SBK yg join (geram ja aku tengok moto depa nie...tu
baru tengok, tak dengaq bunyi deruman lagi...hadoi la...). So antara penaja
yang terlibat adalah Kilang Rantai RKM dan JETRON. Setiap kepala yg menyertai
ride nie perlu membayar RM30 dimana RM15 akan didermakan kepada Rumah Anak-anak
Yatim dan Miskin Nurul Iman dan yang selebihnya utk tujuan lunch, baju dan safety vase.
So, malas nk intro byk-byk. Layankan saja gambiran-gambiran nie dan aku akan bwk korang mengharungi ride ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman.
RV point utk penduduk di sebelah pulau adalah di Shell Sg
Nibung bersebelahan Caltex. Sepatutnya tayargolek pukul 7.30am ke RV point
seterusnya iaitu di Restoran Nasi Kandar Subaidah daerah Seberang Jaya.
Disebabkan aku lambat dan sampai jam 8.15am nie la jadinya...aku ditinggal
berseorangan..huhu.. So, agak-agak 10 minit menunggu, aku terus shoot ke RV
point seterusnya.
Sampai pun aku di Restoran Nasi Kandar Subaidah. Memey dah
ramai rider yg datang. Dalam fullface hati dok berharap jgn la depa nie
tinggal aku.
Sebenarnya depa nie tak tayargolek lagi sebab masih menunggu
bro Mamat (sedang menulis) utk sesi pendaftaran geng fz sebelum ke RV point
mega iaitu di Kilang Rantai RKM di mana pelepasan konvoi akan dijalankan di
sana.
Setelah mendaftar sementara menunggu rider lain mendaftar,
jom jamu mata dengan moto-moto otai dulu.
Bergerak ke stesyen minyak ESSO bersebelahan dengan Restoran
Subaidah utk memberi laluan kepada mereka yang tak isi minyak lagi.
Menungu sambil bersiap sedia dengan riding gear
masing-masing.
Setelah semua ready, kami terus tayargolek shoot ke RV point
mega, Kilang Rantai RKM diiringi oleh Marshal Osama (seorang polis trafik from
Terengganu).
Nie lah dia Kilang Rantai RKM, kilang kepunyaan seorang
warga Jepun. Ramai juga dikalangan rider fz yang bekerja di kilang nie.
Susun moto elok-elok dulu..
Masa nie geng lc135 bersama-sama geng SBK semua dah bersiap
sedia dengan baju dan safety vase masing-masing. Jadi kami yang baru sampai nie
perlu mendaftar sekali lagi dan mengambil baju bertulis “JETRON” dan safety
vase bertulis “RKM”.
Bro Loneranger dgn fz unggu dia yg rare.
1st and 2nd line dipenuhi dengan barisan yamaha fz150i yang
menyertai konvoi.
Tgok dari luar nmpak steady ja. Tapi bdan memey aku tau da
banjir dah tu ngn peluh. Mana tak nya, 3 lapis beb. Safety vase, riding jacket
and tshirt lagi..Dia punya peluh boleh perah dpt sebaldi beb..haha..
Tak dilupakan juga my black fz. Dia pun nk bergambiran
jugak.haha.. Rasmi tayar baru beb. Rear maxxis promaxx 110/70, front maxxis
diamond 90/80.
ADUN kawasan sedang berucap seterusnya merasmikan Program
Konvoi Amal ke Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Nurul Iman.
Tepat jam 10.30 am flag off konvoi telah dijalankan dan dikepalai
oleh Marshal bertugas dan beberapa Sweeper yang berpengalaman sambil diiringi
sepasukan polis trafik.
Berhenti sebentar di stesyen minya ESSO bagi memberi laluan
kepada geng lc135 mengisi minyak dan menuggu peserta konvoi yg masih
ketinggalan di belakang.
Setelah semua rider bersedia, kami bergerak dalam 2 barisan
secara zig zag menuju susr keluar ke lebuh raya.
Berhenti sebentar di stesyen minyak PETRONAS RNR Gunung
Semanggol. Panas dia time nie Allahu Rabbi...
Marshal, Sweeper dan Last Man bertugas mengadakan sedikit
perbincangan.
Panasnya cuaca masa nie
tak payah ler nak diceritakan. Banjir dah tshirt aku dalam riding jacket
and safety vase nie.. Kalo nak tanggalkan memey payah ler nk sarung balik..
Buatnya arahan tayargolek berkumandang jenuh den nak siap sedia.
Just tanggalkan gloves dengan fullface saja. Balaclave still
on.
Ok nie dekat stesyen minyak di RNR seterusnya entah dekat
mana aku pun dah tak ingat. Ce tanya bro nie bpa dah dia abes utk sume riding
gear nie..masyuk beb.
Haaa...geng SBK amek port lepak baek punyer..
Nie aku close up lagi.. kalo ada nampak geng fz gak lepak
ngn diorang nie tak yah tanya la fz depa nie kuat mcm mana..xdpt den nk mngejo
nye...
By the way, kelajuan konvoi maximum adalah di antara 110km/h
ke 120km/h. Bila dah cecah 120km/h memey tak yah ckp ler moto aku bergoyang mcm
mana.. ada rasa mcm nk campak bonceng je belakang mana-mana SBK.
Nie dia sebuah fz150i yang telah di convert kepada yzf r15.
Tapi hanya front set je. Rear kelihatan masih stendet mendet.
Ok, dipendekkan cerita selepas saja RNR nie kami terus
tayargolek sampai ke Ipoh menerusi susur masuk Jelapang dalam susunan sebaris.
Ok, dah pun sampai di Ipoh dan bekumpul di RV point
seterusnya iaitu stesyen PETRONAS Gunung Lang. Waktu nie jam menunjukkan kira-kira pukul 12.30pm.
Di sini kami bergabung dengan
geng fz150i dan lc135 yang datang dari seluruh pelusuk negeri Perak.
Ramainya rider yang terlibat memang x tak payah nak dicerita
la.. Layankan saja gambiran nie.
Penuh stesyen PETRONAS dengan peserta konvoi sampaikan
pengguna kenderaan tayar empat yang mengisi minyak di sini tak dapat nak
keluar. Susun moto biar elok sikit bro. Kesian je aku tengok keta saga tadi
terpaksa undur untuk keluar.
Setelah beberapa ketika lepak-lepak kat sini, bagi
menyejukkan badan yang sangat panas nie, kami menuju ke Taman Rekreasi Gunung
Lang untuk berehat dan menikmati “Branch” (breakfast + lunch). Sepatutnya
breakfast tadi di kilang RKM tapi apakan daya masa agak suntuk.
Weehooo...di Taman Rekreasi Gunung Lang. Dah lama aku plan
nak ke sini akhirnya tercapai jugak hasrat hati. Yang slack nya di sini memey
xdapat ler aku nak round2 sebab cuaca yang sgt panas. Baik berehat kat bawah
pokok ja.
Jom layan gambiran moto jap.
Tu dia geng SBK.
Nie aku kasi close up sikit. Meleleh beb tengok new er6n 2012
nie beb. Skim colour yang menarik.
Jom serbu van nie.. juadah breakfast tadi ada kat dalam van
nie.
So, setelah makan, sembang-sembang dan berehat, kami
bersedia dengan riding gear masing-masing dan terus menggolekkan 2 roda ke lokasi
target iaitu Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Nurul Iman.
Sampai sudah kami... laluan utk ke sini agak sempit kerana
kami terpaksa melalui lorong-lorong kecil di antara rumah-rumah setinggan.
Kasi park moto elok-elok dulu.
Ai
abang polis, tak kan terpacak je. Meh ler masuk.
Peserta konvoi mula memenuhi meja yang disediakan.
Bro, awal shoot ke kaunter makanan? Kalo lapo pun bwkkan ler
bersabo ye....hehe..just kidding..
Nie lah dia Yang Dipertua Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin
Nurul Iman. Welcoming speech sket..
Abes je speech dari tuan yang dipertua dan dia pun jemput
sume rider utk menjamah juadah lunch yg disediakan. Sepantas kilat kerusi meja
kosong beb. Mana tak nya. Semua terus serbu beratur utk mkn.
Tu dia antara golongan al awwalun...
Ada yang sedang menjamu selera, ada yang masih menunngu
giliran. Termasuklah aku.. Still kenyang pekena nasi lemak tadi di Taman
Rekreasi Gunung Lang.
Muka puas kekenyangan. Balun air pulak bro..
Nie dia otai fz. Bro Afiq Ziekry (kiri) sedang beramah mesra
dgn Tuan Marshall Osama. Orang jauh nie beb. Marshall Osama merupakan seorang
polis trafik dari Terengganu. Beliau sedang dalam perjalanan mengelilingi Semenanjung
Malaysia dengan menungang jentera fz150i beliau. Memey perfect timing la tuan
sampai di daerah Utara nie. Berkesempatan menjadi Marshall Media bergandingan
bersama Bro Mamat mengabil gambiran dan video sepanjang perjalanan konvoi.
Nie dia PM kita bagi konvoi amal nie. Bro Pali menyampaikan
sijil penghargaan kepada Yang Dipertua.
Inilah dia sebahagian besar penghuni Rumah Anak-anak yatim
dan Miskin Nurul Iman.
Muka-muka rider PFZC yang ceria dalam kekenyangan. Moh ler
kite ke destinasi seterusnye.. Ke mana?
Sebelum tue jom bergambiran dulu. Rider PFZC bergambiran
kenangan bersama adik-adik Rumah Nurul Iman.
Ok beb, rasanya dah sampai waktunya utk ke lokasi seterusnya
iaitu ke Kuala Kangsar iaitu rumah abng Marshall PFZC kita, Marshall Afiq. Tapi
malangnya aku tak dapat nak join mereka ke sana sebab terpaksa shoot terus ke
UTP memandangkan jam telah menunjukkan kira-kira pukul 4 pm.
Aku tak berpecah terus dari group PFZC tapi terus ikut
diorang sampai ke sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh.
Dari kejauhan...
Tak lama kemudian, sampai la Tuan Marshall Osama bersama
seorang lagi rider.
Setelah semua ready, kami terus meneruskan perjalanan dan
berhenti di stesyen minyak shell utk topup minyak sebelum meneruskan perjalanan
ke Kuala Kangsar. Konvoi ini diketuai
olah Marshal Afiq.
Ok dah sampai di Shell.
Tibalah masanya utk aku berpecah daripada group nie. Mereka
akan meneruskan perjalanan ke rumah Marshall Afiq sebelum meneruskan perjalanan
pulang ke Pulau Pinang. Aku? Terus shoot ke UTP la.
Jadi tamatlah sudah kisah ride aku utk kali ini iaitu Konvoi
Amal ke Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Nurul Iman. Total mileage adalah kira-kira
240km. Cost, just teh tarik RM1.20 kt Restoran Subaidah tadi, RM15 minyak tu
pun still byk lagi berbaki dan RM2 sebotol kecil 100 plus utk melegakan dahaga
sepanjang perjalanan konvoi.
Sekian saja daripada aku...
Adios dan assalamualaikum wbt...
No comments:
Post a Comment